KEMERDEKAAN TANAH
MELAYU
Penghayatan
kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan
penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan
yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.
Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata,
malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu
melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah
mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh
dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik
negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan
kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut
dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah
takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah
serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara
serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita
berada.
-http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/menelusuri-jejak-merdeka/sejarah-kemerdekaan
ZAMAN GENERASI BARU